PELAN STRATEGIK UMK

PEMBENTUKAN TRANSFORMASI PELAN STRATEGIK UMK 2017-2020

Transformasi Pelan Strategik UMK 2017-2020 merupakan kesinambungan daripada Dua Pelan Strategik UMK yang diterbitkan sebelum ini yang dilaksanakan sejak pengagasan Universiti ini pada tahun 2006. Transformasi Pelan Strategik UMK 2017-2020 yang bertemakan “Pemantapan dan Kelestarian” merupakan fasa ketiga dan terkini dalam merealisasikan visi terbaharu iaitu menjadi peneraju pembangunan insan yang holistik bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan global.

Pembentukan Transformasi Pelan Strategik UMK 2017-2020 ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang telah dilancarkan pada 7 April 2015 mempunyai 10 lonjakan dalam usaha untuk terus memperkasa sektor pendidikan tinggi negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM 2015-2025 (PT) merupakan dokumen strategik yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (kini dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi) dan menggariskan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk tempoh 11 tahun bermula dari 2015 sehingga 2025. Ini merupakan kesinambungan daripada kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta penyelarasan PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013-2025 yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara.

Pada masa yang sama, Transformasi Pelan Strategik UMK 2016-2020 turut dijajarkan dengan agenda semasa kerajaan iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Hubungi Kami

Pusat Strategik Universiti
Universiti Malaysia Kelantan
16300, Bachok,
Kelantan

Tel: 09-7797000
Emel: pusatstrategik@umk.edu.my

ccs

Facebook PSK

Visitors Counter

031713
Today
Yesterday
This Week
This Month
All days
6
85
391
342
31713