PENGENALAN SUBZON (TUN TAN CHENG LOCK)


 

Subzon Tun Tan Cheng Lock berada di bawah Zon Bangunan Canselori UMK Bachok. Penamaan subzon ini adalah selaras dengan tema yang diberikan untuk UMK Bachok iaitu Warisan - Tokoh Sejarah. Subzon Tun Tan Cheng Lock adalah nama yang diberikan kepada Pusat Startegik & Risiko, Pejabat Naib Canselor bagi pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Tun Tan Cheng Lock adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Malaysia dan memainkan peranan yang amat signifikan dalam menyatupadukan seluruh kaum Tionghua untuk bersatu di dalam sebuah perikatan bersama-sama dengan perdana menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman serta delegasinya dalam memartabatkan kemerdekaan. Beberapa prinsip dan nilai yang diperjuangkannya boleh dikaitkan dengan konsep EKSA ini.

 

Dalam konteks sektor awam, perpaduan dan kerjasama antara agensi dan pihak berkepentingan adalah penting untuk memastikan perkhidmatan awam yang berkesan dan efisien. Kewujudan ekosistem yang kondusif dalam sektor awam sering kali bergantung pada kepentingan untuk bekerjasama dan mengelakkan konflik antara pihak yang terlibat. Secara keseluruhan, nilai-nilai dan visi Tun Tan Cheng Lock dalam konteks perpaduan dan pembangunan boleh memberikan panduan dalam membentuk dan melaksanakan ekosistem yang kondusif dan berfungsi dengan baik dalam sektor awam.

 


VISI


Memantapkan pengurusan persekitaran serta kualiti penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan produktif.


MISI


Merealisasikan pembudayaan EKSA dalam kalangan warga UMK secara berterusan bagi mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti melalui persekitaran kerja yang kondusif, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga universiti.

 



PELAN LANTAI


 


CARTA PERBATUAN


 

 


AKTIVITI SUBZON (TUN TAN CHENG LOCK)