Sukacita dimaklumkan bahawa Buku Digital Pelan Strategik UMK30 (2026–2030) kini boleh diakses oleh seluruh warga universiti.
Pelan strategik ini telah dilancarkan secara rasmi sempena Majlis Peluncuran Pelan Strategik UMK30 (2026–2030) pada 25 Januari 2026, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam memperkukuh kecemerlangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai institusi yang berdaya saing, mampan dan berimpak tinggi.
Buku digital ini menghimpunkan hala tuju, teras serta inisiatif strategik UMK bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang selaras dengan aspirasi pembangunan pendidikan tinggi negara. Ia menjadi panduan utama dalam memacu transformasi universiti serta menggembleng komitmen seluruh warga UMK ke arah merealisasikan matlamat strategik yang telah digariskan.
Terokai Buku Digital Pelan Strategik UMK30 (2026–2030) dan hayati hala tuju universiti bagi lima tahun akan datang. Bersama-sama, kita memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi, aspirasi dan kecemerlangan UMK.
Buku digital ini kini boleh diakses melalui pautan berikut: